Wednesday 6 November 2013

Sifat Bahan Kejuruteraan

Sifat bahan akan menetukan gaya laku sesuatu bahan semasa digunakan seperti kesan tindakan
daya, daya kilas, perubahan suhu dan berat bahan tersebut.



1.       Sifat Fizikal Logam 
 

Sifat sesuatu logam akan menentukan perlakuan logam itu terhadap persekitaran atau kerja yang dikenakan terhadapnya, antaranya ialah:
  • Ditentukan oleh struktur atom, susunan atom dan struktur hablur sesuatu bahan. 
  • Diterangkan oleh pelbagai sifat elektrik,magnetik, optik dan terma.
  • Ditentukan melalui ujian ke atas bahan tanpa mengenakan bebanan.

Sifat Mekanik Logam

DEFINISI : Sifat yang menunjukkan perlakuan sesuatu logam dan kebanyakkan sifat ini dapat
diuji dengan menggunakan alat penguji tertentu.
 
Kemuluran

Kemuluran ialah satu sifat fizik iaitu kebolehan untuk mengekalkan cangaan plastik tanpa retakan atau patah (dalam logam, contohnya apabila ditarik menjadi dawai). Ia dicirikan dengan pengaliran bahan oleh tegasan ricih.bSejenis bahan mulur adalah sebarang bahan yang alah dalam keadaan tegasan ricih (bertentangan dengan patah rapuh, iaitu alah dalam keadaan tegasan normal). Emas, tembaga, dan aluminium merupakan logam yang sangat mulur.Kemuluran adalah berkaitan dengan kebolehtempaan.








Pengkelasan Bahan Kejuruteraan


1.            Bahan Logam

Bahan logam adalah bahan yang berstruktur hablur dalam keadaan pepejal

CIRI-CIRI BAHAN LOGAM
      
  1. Bahan legap yang merupakan pengalir haba dan arus elektrik yang baik. 
  2. Boleh menjadi pemantul cahaya jika permukaannya digilat
  3. Kebanyakkan logam bersifat mulur dan boleh tempa
  4. Biasanya mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada bahan lain

PENGKELASAN BAGI BAHAN LOGAM


Terbahagi kepada TIGA jenis logam iaitu:
  1. Logam Ferus iaitu meliputi UNSUR BESI dan penggunaannya adalah dalam bentuk KELULI dan BESI TUANG
  2. Logam Bukan Ferus iaitu logam yang TIDAK mengandungi UNSUR BESI dan biasa digunakan sebagai UNSUR ALOI ialah KUPRUM, ALUMINIUM, MAGNESIUM dan ZINK
  3. Aloi merupakan suatu bahan yang terdiri daripada DUA ATAU LEBIH UNSUR KIMIA, sekurang-kurangnya satu daripada unsur tersebut ialah LOGAM.



    2.            Bahan Bukan Logam

    DEFINISI: Bahan yang tidak mempunyai unsur logam

    CONTOH:

    1. Bahan getah – Tayar & hos
    2. Bahan sramik – Kaca, batu simen & seramik kejuruteraan seperti oksida.
4. Bahan Plastik


DEFINISI: Bahan plastik atau polimer mempunyai molekul yang sangat besar, terbentuk terutamanya daripada atom karbon dan hidrogen. Ia dihasilkan melalui tindakbalas bersama bahan yang molekulnya kecil (monomer) untuk membentuk molekul yang sangat besar. 








Dunia Kejuruteraan Bahan

Kejuruteraan bahan merupakan sesuatu bidang antara disiplin yang melibatkan ciri-ciri jirim dan penggunaan jirim dalam pelbagai bidang sains dan kejuruteraan. Sains ini mengaji hubungan antara struktur bahan-bahan dan ciri-ciri mereka. Bidang ini meliputi fizik gunaan dan kimia, serta kejuruteraan kimia, kejuruteraan mekanik, kejuruteraan sivil dan kejuruteraan elektrik. Sains bahan semakin berkembang disebabkan perhatian yang meningkat kepada bidang nanosains dan nanoteknologi.


Friday 1 November 2013

Pengenalan Sains Kejuruteraan Bahan

Sains Bahan merupakan bidang yang penting untuk menghubungkaitkan antara struktur dan sifat-sifat bahan. Pengetahuan asas ini perlu untuk seorang jurutera yang terlibat dalam rekabentuk sesuatu komponen dan produk supaya bahan yang paling sesuai digunakan. Matapelajaran ini akan memberikan kefahaman asas sifat bahan dan pemilihan yang sesuai dengan kegunaanya. 

 Dengan mempelajari berkenaan sains kejuruteraan bahan,kita akan dapat:-:
  1. Memahami struktur dalaman bahan
  2. Mengetahui sifat-sifat bahan kejuruteraan seperti logam, serami, polimer dan komposit serta sara pengujiannya.
  3. Menghubungkaitkan struktur dan sifat-sifat bahan kejuruteraan.